Monday, February 6, 2017

School

Halo , annyeong assalammualaikum...

Haih.. Taon ni, adalah tahun penentu sekolah. Apply Teknik, dapat Teknik Tuanku Jaafar, Seremban lorh kan.. At first, memang rasa nak masuk. Sebab dekat sekolah dulu, selalu kene pandang rendah. Budak-budak yang low berlagak pulak dapat masuk kelas depan. So, masa dapat result tu, rasa cam bangga sikit ah. Atleast, even selalu tidur dalam kelas pun, but alhamdulillah leh dapat result yang kira, cemerlang jugaklah.

Dapat Teknik tu.. Rasa gembiralah. Bincang bincang dengan mak, dia suruh stay je Petra, amik agama. Then cam, nak gak teknik. Okeh, pagi Isnin nak daftar tu, setelkan semuanya. Time tu lah nak fotostat, nak itu nak ini. Okeh dah setel, pergilah TTJ. Rasa cam excited, gembira. Tapi waktu kaki nak melangkah ke kaunter pendaftaran kelas, rasa macam berat sangat hati. Macam taknak. Banyak kali ulang alik pergi jumpa mak , cakap dekat dia. Tanya dia. Dia kata, "kau yang mohon sekolah ni kan. Dah sampai sini, masuk jelah."

So, dengan berat hati pun pergi daftar. Petang tu, datang orientasi. Macam takde mood langsung . Bukan macam ,memang takde mood. Balik tu, cakap dekat umi yang aku nak pindah. Dia kata, okeh je. Then esoknya, pergilah jumpa HEM. Masatu memang tak tau pun kene bagitau guru kelas, sebab aku pun tak kenal guru kelas aku sape. HEM kata, jumpa kaunseling. Ok, buat lah.

Yang buat aku kecewa adalah, HEM tu dah tahu aku nak pindah, tapi kenapa masih bagi nama aku dekat guru kelas? Kenapaaaaaaaa.  Memang sedih gila. kalau nak tunggu pindah pun, kene tunggu atleast 2 bulan. Lama kot. Then, HEM tu macam nak jugak aku stay. Dia cakap, dia harap aku stay lah ape lah. Tapi memang aku dah tawar hati, dah takde hati nak stay TTJ. Dengan perangai f5 dia macam harommm. Memang tak ah.

Cita-cita? Aku fikir nak jadi akauntan je. Both Petra dengan TTJ aku amik akaun. So, no prob kot. Terfikir gak, kalau dia memang taknak lepaskan aku, nak lari jejauh. Kaunselor dia cakap, boleh je kalau dia lepaskan aku pergi sekolah lama, even proses perpindahan belum bermula. Tapi kenapa taknak kasi aku buat macamtu. Sedih ah.

Serius aku rasa menyesal gila. Menyesal nak matey.

Saturday, September 17, 2016

Cita-cita?

Assalammualaikum.. Lama dah tak on.. Yelah, siapa jelah nak baca blog saya ni kan.. :( Bukannya popular sangat pun macam blog aziekitchen ke, bila eizzara-eizzaty ke dunia novel ke.. Hahaha.. 

Sebenarnya, saya ni  tak tau nak jadi apa.. Cita-cita? Serius tak tau.. Yelah, selama ni ikut orang je.. Tapi saya suka buat benda baru, mencabar, dan memasak. Maybe lepas ni, saya boleh isi resipi-resipi kot dalam ni.. Haha, maybe, who knows? Or buat review cerita/novel? Ermm.. Suka baca tu, memang.. 

Dulu saya ada baca satu novel ni. Tak ingatla tajuk dia apa.. Cerita dia, pasal childhood friends ni.. Dorang berpisah lama. Lepastu nak disatukan. Yang lelaki ni, perfectla zahir dia. Yang perempuan ni, tempang.. Dulu masa kecik-kecik memangla best main sama-sama kan, tapi bila dah besar, dorang berenggang.. 

Lelaki tu terkejutlah, sebab isteri dia tu cacat. Dia memang layan teruk perempuan tu.. Lelaki tu pun sebenarnya teruk gak.. Mabuk semua. One day, tah tak ingat macam mana, dia boleh 'tidur' dengan isteri dia.. Memanglah sah, tapi bagi seorang isteri yang tak dicintai, rasa sakit hati pun ada kan? And then, time passes by.. Lepastu tak ingat apa yang jadi.. Hahaha.. Akhir dia ingat, bila lelaki tu dah mula nak accept isteri dia, lepas dah banyak nasihat masuk dalam kepala dia.. Tapi isteri dia tak tau.. Dan tanpa laki dia tau gak, isteri dia senyap-senyap jumpa doktor.. 

Bila tang nak due, si isteri meninggal. Sebabnya, sebenarnya peluang dia melahirkan anak tu adalah tipis. Dia kena pilih, sama ada teruskan kandungan atau gugur. Kalau teruskan, memang 50-50 nyawa dia.. Sebab apa, pun tak ingat. Haha, baca novel ni dah lama.. 8 tahun yang lepas tak silap. Pinjam kat library negara. Then lelaki tu nangisla. Dia cakap, kenapa masa aku dah mula terima kau, Allah tarik kau dari aku. Mungkin sebab balasan pada aku, yang taknak kau pada asalnya. Maka dia pun jaga anak tu baik-baik. Cerita tu memang best sebenarnya.. Novel ni dah terbit lama, sebelum novel kahwin paksa yang lain muncul.. 

Sekarang ni, jarang jumpa novel yang sad ending kan? Tapi novel ni memang sad ending.. Tercarik-carik gak kalau dia-dia saja buat gimik. Tapi, tulisan 'tamat' tu adalah segalanya. Pengakhiran. 

Kalau siapa dah pernah baca novel tu, share la sikit tajuk dia.. Mana tau, wujud lagi.. 

Wednesday, September 14, 2016

Am I Stupid?

Hahahhaha aku tak tau nak cakap macam mana sebenarnya.. First question, aku ni bodoh ke? Senang nak diperbodohkan orang, dipermainkan orang, dipergunakan orang? 

Bukan sekali dua dia buat aku macamni. Ye, aku cuma anggap dia sebagai kawan fb je.. Atau mungkin aku je yang syok sendiri, sedangkan dia tak hamak pun nak anggap aku ni kawan dia.. hahahhaa.. Rasa macam orang bodoh pulak, bila tunggu dia balas mesej aku.. And dengan alasan, 'internet takde.' 

Bila dia bagi salam, aku jawab. Then bila aku jawab, dia seen je.. Wei geram + sakit hati tau tak.. Dah banyak kali dah kena. So bila dia tego aku lagi, aku tanyalah, apa.. tu pun sama gak.. Takde jawapan dari dia.. Penatlah nak dengar alasan sama je.. Tunggu seminggu barulah dia balas.. Yelah, masuk je tahun baru ni, aku dah jarang borak dengan dia.. So cam peliklah bila dia start conversation. Tapi bukanlah conversation apa je.. takat bagi salam je.. patu bila aku balas, senyap.. bila aku balas panjang2, happy2, dia lak balas sepatah je.. 

Tup2 beberapa bulan kemudian, nak tego aku.. then berbulan kemudian.. tego lagi.. Oh pleasela, aku dah penat nak layan kerenah dia.. Kalau dia rasa dia tak anggap aku sebagai kawan dia, just say it.. Aku malas nak layan orang yang hipokrit ni.. Yang berpura2 depan aku.. Acah je. Bila nak, borak.. bila taknak, buang.. Tak pernah-pernah tego kat sekolah, tetiba sekali tu dia tego.. tapi tak lama ah.. 1-2 minggu camtu. Pastu bila aku ucap tahniah kat dia sebab tunaikan janji dia, terus pulak tak tego.. Kan cam keling tu.. Sampai sekarang.. 

Kadang-kadang aku sendiri tak faham dengan perasaan, dengan pemikiran orang macam dia tu.. Haihhh.. Ohhh, time nakkan sesuatu, pandailak cari aku mengaku kawan.. Masatu aku ingat lagi, aku bawak 4 epal tang tu. Lepastu sorang budak ni mintak. Memula aku taknak bagi, then aku bagilah jugak. Lepastu dia mintak pulak. Alasan dia, 'aku dah kenal dia dari sekolah rendah lagi.' hahahahhha lawak. Aku pun baru kenal dia tahun lepas.. 

Haihhh.. maaflah cam emo pulak malam-malam ni.. Selalu kan guna gelaran saya, tapi rasa macam pelik pulak untuk entri cerita aku ni.. So pakailah gelaran ni.. Hahaha tau tak lawak.. 

Cuma aku harap, lepasni kalau aku jumpa orang spesies macam dia ni, memang aku bagi kaw-kaw punya.. Macamtu dia buat, macamtulah aku buat dia balik... Haihh.. Dahla, nak sambung baca novel.

Sekian, assalammualaikum..
Violet.
Lepasni saya rasa macam nak tulis review tuk novellah.. mcm blog2 yang lain.. hahahhaha.. sebenarnya saya ni tak reti nak hias blog pun.. paham2jela.. i like the simple one, but elegant

Monday, September 12, 2016

Wonder Cheese


Berminat nak beli WONDER CHEESE? 

Tapi.. tak banyak jumpa? 
Malas nak teroka semua kedai? 

Takpe. Saya ada jalan penyelesaiannya. :) 

Wonder Cheese sebalang RM25 / excluded postage

Berminat? Boleh msj/ws 0173080776 (Khai) atau 0136639032 (Laila)



Eyyoo..

Assalammualaikum, hi, annyeong.. ~ :)

Vio nak cerita sikit ni.. Haih.. walaupun benda tu dah lama berlalu, tapi tetap terbuku dalam hati.. :(

Actually, untuk hari guru haritu.. Saya ada la buat satu video, gabungan dari batch saya.. Wuishh. penat-penat buat, sampai sehari suntuk, then kena reject mentah-mentah, macam tu je? Sediy woo.. Siapa je tak sedih. Sakit mata kut time tu buat.. Memang protes gila time tu.. Dahlah sambutan pun macam hambar je.. hmm..

Then saya pun letakla kat youtube.. hahaha.. acah-acah 'hot' gituh.. Dengan muka sebal/tebalnya, gi share kat orang.. Hahaha.. Tapi saya tak rasa yang semua warga Smadklana tengok benda tu.. hahahaha..

But then, kenalah cheer up kan.. !! That's all.. Ringkas je.. :) XD






Sunday, September 11, 2016

W

Assalammualaikum..
Okay, last post for today.. 
Tapi nak tanya dulu. 

Siapa sini layan cerita W? 
Cerita ni keluar lepas habis cerita Descendant of the Sun kan? 

Cerita ni memang best.. pasal sorang perempuan ni, yang ditarik masuk ke dunia komik.. Dan start dari situ, macam-macam perkara berlaku.. Semuanya pasal Kang Chul (Lee Jong Suk) , watak dalam dunia komik tu. 

Cerita tu dah nak habis dah.. :( Sepatutnya habis 8 Sept haritu.. Tapi akak saya cakap, sebabkan banyak tunda je, so cerita tu pun lambatlah habis.. Complicated la sikit, sebab banyak sangat conflict.. Tapi best la jugakk.. 

Nak kata moral.. Hmm.. So far, menunjukkan tentang orang yang sanggup berkorban demi org yg disayanginya.. In the end, sepatutnya Oh Yeon Joo (Han Hyo Joo) tu mati, but Kang Chul hidupkan balik.. Tah macam mana dia hidupkan dalam watak komik.. 

Tapi still menunggu apa akan jadi ending dia.. Sebab episode 15, Kang Chul masuk penjara.. And bodyguard dia kena tahan ngan Heol Cho , patu nanti Kang Chul pun sama kena tahan.. Killer tu pulak ada dalam badan ayah Yeon Joo.. 

aishhh.. Sebenarnya tak tau pun banyak cerita korea.. tapi sebabkan member tengok , ermm. .terikut sama pulak.. 

by the way, siapa dah tengok cerita train to busan? saya tengok macam tu je.. byk skip.. tapi ending dia sediy.. :'( Cerita ni pun ada moralnya.. Better lagi dari KL Zombie (?) ke Zombie KL tah nama dia.. hahaha. . Pasal dorang yang bertarung untuk survive hidup kat Korea, dengan zombie yang kejar.. huhuhu.. 

okaylah.. tak study lagi ni.. memang saya susah sikit nak lepas dari laptopla kalau dah pegang.. huhuhu.. buku pun baru je bab 2 baca.. aiseyyyy.. exam nak dekat dah.. 


wish me luck.. and salam aidil adha.. 

sincerely, 
Vio